Terma & Syarat

  1. Kempen Glade Miliki Gayamu Kembali Lagi! (“Kempen”) akan berlangsung dari 1 November 2021 hingga 15 Disember 2021 (“Tempoh Kempen”). S.C. Johnson & Son (M) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Kempen tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen akan dibatalkan secara automatik.
  1. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 November 2021) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  1. Untuk menyertai Kempen:
    1. Para peserta mestilah membeli produk Glade yang turut serta bernilai RM20.00 dan ke atas (“Produk Yang Turut Serta”) dalam satu resit dari mana-mana kedai atau pasar raya atau kedai dalam talian rasmi masing-masing atau kedai rasmi Penganjur di Lazada, Shopee atau Potboy yang turut serta dalam Tempoh Kempen. Satu (1) resit melayakkan peserta untuk menghantar SAMA ADA satu (1) penyertaan WhatsApp ATAU satu (1) penyertaan ‘Online’.
    2. Jawab satu soalan: “Glade mempunyai variasi haruman Sakura & Teratai. Betul atau Salah.”
    3. Melalui WhatsApp – Hantar butiran berikut ke 017-8871383:

i. Gambar jelas seluruh resit bercetak tunggal asal;

ii. Jawapan kepada soalan;

iii. Nombor Kad Pengenalan;

iv. Nama penuh seperti Kad Pengenalan.

ATAU

    1. Melalui ’Online’ – Layari www.GladeCampaign.my:

i. Isikan semua maklumat yang diperlukan;

ii. Jawab soalan;

iii. Lampirkan gambar jelas seluruh resit tunggal;

iv. Klik hantar.

    1. Simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Kempen dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan sebagai bukti pembelian.
    2. Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Untuk pembelian dalam talian, ‘order details’ akan diterima hanya sekiranya ia menyatakan bahawa pembelian tersebut sudah dibayar, dihantar dan selesai. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.
    3. Untuk WhatsApp, para peserta hanya boleh menyertai Kempen ini melalui telefon bimbit sahaja.
    4. Memandangkan talian 017-8871383 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, tiada perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp. Sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.
    5. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Kempen ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej WhatsApp dan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Kempen ini berserta untuk sebarang kesalahan, peninggalan, gangguan, penghapusan, kerosakan, kelewatan operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian atau pemusnahan, akses tanpa izin atau perubahan ke komunikasi pengguna atau anggota atau apa-apa masalah atau kerosakan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau penyedia, peralatan komputer, perisian, kegagalan emel kerana masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau laman web.
  1. Cara pemilihan pemenang:
    1. Hadiah Peringkat 1: Penyertaan layak yang terawal diterima sepanjang Tempoh Kempen akan memenangi satu (1) hadiah Peringkat 1 setiap satu, sementara stok masih ada.
    2. Hadiah Peringkat 2 x 5: Para pemenang hadiah Peringkat 2 yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Kempen dibahagikan dengan 30. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 19,519 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 30 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 650. Maka penyertaan layak ke-650, ke-1,300, ke-1,950 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Penyertaan pertama, ke-7, ke-13 dan seterusnya yang disenarai pendekkan adalah pemenang hadiah Peringkat 2 yang layak. Penyertaan lain yang disenarai pendekkan bermula daripada penyertaan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, sekiranya penyertaan ke-7 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-2 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian. Sekiranya penyertaan ke-13 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-3 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian dan seterusnya.
    3. Para pemenang Peringkat 2 yang layak akan dihubungi melalui telefon dan diwajibkan menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
    4. Para pemenang Peringkat 2 yang layak dikehendaki menghantar melalui Pos Laju/kurier semua resit bercetak asal (dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan) berserta salinan kad pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang kos pos yang dibayar oleh pemenang.
  1. Hadiah-hadiah Kempen:
    1. Hadiah Peringkat 1 (sementara stok masih ada): RM5.00 kredit eWallet Touch ‘n Go setiap satu.
    2. Hadiah Peringkat 2 x 5: iPhone 12 Pro 128GB setiap satu.
    3. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi sehingga dua (2) hadiah Peringkat 1 dan hanya satu (1) hadiah Peringkat 2 sepanjang Tempoh Kempen.
    4. Hadiah Peringkat 1 adalah sementara stok masih ada. Penyertaan yang diterima paling awal akan diproses terdahulu.
    5. Hadiah Peringkat 1 akan dihantar ke nombor telefon yang digunakan oleh peserta semasa menyertai Kempen dalam masa lapan (8) minggu selepas Tempoh Kempen. Pemenang mesti mempunyai akaun eWallet Touch ‘n Go didaftar yang sah untuk menerima hadiah atau pemenang mesti bersetuju untuk mendaftar satu akaun eWallet Touch ‘n Go untuk menerima hadiah. Untuk Hadiah Peringkat 1 yang dihantar terus kepada pemenang, bukti penghantaran adalah bukti penerimaan dan penyerahan hadiah. Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak diterima atau lewat. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya nombor telefon peserta tidak sah atau tiada dalam perkhidmatan.
    6. Pihak Penganjur berhak untuk menolak penebusan sebarang hadiah atau sebahagiannya bagi apa-apa sebab atau sekiranya peserta gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk penebusan hadiah Peringkat 1.
    7. Kesemua hadiah Peringkat 2 mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas Tempoh Kempen. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas Tempoh Kempen akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.
    8. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah Kempen sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah Kad Pengenalan atau Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.
    9. Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah rosak setelah diterima oleh pemenang.
  1. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Kempen ini.
  1. Dengan menyertai Kempen ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
  1. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini akan disimpan selama satu (1) tahun oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.
  1. Dengan menyertai Kempen ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.
  1. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
  1. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Segala pertanyaan mengenai Kempen ini tidak akan dilayan selepas 31 Oktober 2022.